SELAMAT DATANG

SK KUALA BALAH, KG TUNKU ABD RAHMAN, 17610 KUALA BALAH, JELI KELANTAN
TEL:09-9363048 email: dba9007@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PORTAL SK KUALA BALAH

Tuesday, December 29, 2015

Majlis solat hajat pembukaan persekolahan awal tahun

RABU 30 Dis 2015 ~ Majlis solat hajat awal tahun 2016 serta pendaftaran semua murid sesi 2016 diadakan didewan sekolah. 

Monday, December 21, 2015

Lawatan Yang Mulia Anaknda Tunku Abd Rahman

22 Dis SELASA~ Menyusuri keberangkatan anakanda Tunku Abd Rahman iaitu YM Tengku Norhayati ke SK Kuala Balah sempena lawatan beliau ke kampung Tunku Abd Rahman, Kuala Balah pada hari ini disambut meriah oleh rakyat jelata kg kuala balah.

Sunday, November 22, 2015

Hari anugerah murid 2015

18Nov~Rabu, "kami bersyukur dan berbangga atas kejayaan ini" itulah ungkapan yang digambarkan disetiap bibir para guru SKKB pada hari ini atas kejayaan mereka melahirkan murid cemerlang pada tahun ini.. SK Kuala Balah dapat melahirkan 7 orang murid mencapai 5A dalam UPSR 2015.  Berikutan keputusan tersebut SKKB melonjak naik ke tangga kedua sekolah dalam daerah Jeli selepas SK Jeli 1 yg berjaya memperolehi 16 orang murid mencapai 5A. Kejayaan itu sekaligus dapat membuktikan bahawa murid2 diluar bandar mampu memperolehi keputusan yang cemerlang walaupun 100% tumpuan mereka pada pdp sesi persekolahan dan tidak bergantung kepada kelas tusyen diluar semata2. Tahniah dan syabas kepada semua guru SKKB dan para pentadbir atas kejayaan ini.. semoga tahun hadapan peningkatan yang lebih cemerlang dapat diteruskan lagi.

Latihan Kebakaran

17Nov~ Kebakaran ditingkat dua bangunan SK Kuala Balah menyebabkan dua murid cedera, manakala yang lain selamat menyelamatkan diri hasil usaha guru dan pihak bomba. Kejadian yang berlaku disebabkan lintar pintas wayar elektrik yang berlaku di kelas 5 fahtonah.. Latihan kebakaran ini berjaya dilakukan dengan sebaik mungkin. Terima kasih pada pihak bomba, guru2 dan murid sedia bekerjasama menjalankan latihan kebakaran ini.

Sunday, November 15, 2015

Saturday, November 14, 2015

Saturday, October 31, 2015

Hari Keluarga

JUMAAT~30 OKT Pihak AJK Kelab Guru SKKB hari ini menganjurkan program Hari Keluarga bertempat fi Sweet Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh.  Seramai 100 orang yang terlibat terdiri daripada 27 keluarga.  Aktiviti Sukaneka dan mandi manda turut diadakan pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula, "Night Dinner" turut diadakan diselangi dengan Fesyen Show yang melibatkan kanak~kanak yang berumur 12 tahun kebawah.. Aktiviti yang dilaksanakan menarik minat semua hadirin yang hadir dan pelbagai hadiah serta cenderahati disediakan oleh panganjur.  "Aktiviti yang besar seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara guru dan keluarga" kata En Zainudin B Hussin, guru besar SKKB. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu berakhir pada hari sabtu 31 Okt tengaharinya.
Penyampaian Cenderahati Oleh Tuan Guan Besar Kepada Pihak Resort
Aktiviti Mandi Manda
Penyampaian  Cenderahati Oleh Tuan Hj Isa
Cikgu Safri Sekeluarga
Cikgu Azizah Menerima Cenderahati Daripada Tn Hj Isa
Makan-makan
Tuan Guru Besar Sekeluarga
Pertumjukan Fesyen Kanak-Kanak
Ucapan Tuan Guru Besar
Macam-Macam Fesyen
Sukaneka isi air dalam botol
sukaneka
Aktiviti Bakar-Bakar

Thursday, October 22, 2015

Kacau Bubur Assyura

Rabu 21 Okt~ Pihak AJK PIBG SKKB hari ini bersama~sama turun padang untuk berganding bahu bagi menjayakan satu aktiviti saban tahun diadakan di setiap penjuru bagi menyambut kedatangan tahun baru Hijrah.  Aktiviti Kacau bubur assyura yang diadakan di SKKB pada kali ini hasil buah fikiran AJK PIBG dan guru~gurunya.  Pada tahun ini, sebanyak 4 buah kawah bubur assyura akan dihasilkan yang setiap kawahnya mempunyai kumpulan masing2.  Ini dapat kita gambarkan secara sinonimnya satu pertandingan antara pasukan yang mana setiap kawah mempunyai keunikan yang tersendiri.