SELAMAT DATANG

SK KUALA BALAH, KG TUNKU ABD RAHMAN, 17610 KUALA BALAH, JELI KELANTAN
TEL:09-9363048 email: dba9007@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PORTAL SK KUALA BALAH

Saturday, October 31, 2015

Hari Keluarga

JUMAAT~30 OKT Pihak AJK Kelab Guru SKKB hari ini menganjurkan program Hari Keluarga bertempat fi Sweet Beach Resort, Tok Bali Pasir Puteh.  Seramai 100 orang yang terlibat terdiri daripada 27 keluarga.  Aktiviti Sukaneka dan mandi manda turut diadakan pada sebelah petang. Manakala pada sebelah malam pula, "Night Dinner" turut diadakan diselangi dengan Fesyen Show yang melibatkan kanak~kanak yang berumur 12 tahun kebawah.. Aktiviti yang dilaksanakan menarik minat semua hadirin yang hadir dan pelbagai hadiah serta cenderahati disediakan oleh panganjur.  "Aktiviti yang besar seumpama ini patut diteruskan pada masa akan datang untuk merapatkan hubungan antara guru dan keluarga" kata En Zainudin B Hussin, guru besar SKKB. Aktiviti yang berlangsung selama 2 hari 1 malam itu berakhir pada hari sabtu 31 Okt tengaharinya.
Penyampaian Cenderahati Oleh Tuan Guan Besar Kepada Pihak Resort
Aktiviti Mandi Manda
Penyampaian  Cenderahati Oleh Tuan Hj Isa
Cikgu Safri Sekeluarga
Cikgu Azizah Menerima Cenderahati Daripada Tn Hj Isa
Makan-makan
Tuan Guru Besar Sekeluarga
Pertumjukan Fesyen Kanak-Kanak
Ucapan Tuan Guru Besar
Macam-Macam Fesyen
Sukaneka isi air dalam botol
sukaneka
Aktiviti Bakar-Bakar

Thursday, October 22, 2015

Kacau Bubur Assyura

Rabu 21 Okt~ Pihak AJK PIBG SKKB hari ini bersama~sama turun padang untuk berganding bahu bagi menjayakan satu aktiviti saban tahun diadakan di setiap penjuru bagi menyambut kedatangan tahun baru Hijrah.  Aktiviti Kacau bubur assyura yang diadakan di SKKB pada kali ini hasil buah fikiran AJK PIBG dan guru~gurunya.  Pada tahun ini, sebanyak 4 buah kawah bubur assyura akan dihasilkan yang setiap kawahnya mempunyai kumpulan masing2.  Ini dapat kita gambarkan secara sinonimnya satu pertandingan antara pasukan yang mana setiap kawah mempunyai keunikan yang tersendiri. 

Monday, October 12, 2015

Program MY~TID... Pencarian bakat dari akar umbi

ISNIN~12 OKT Satu ujian yang dilaksanakan di seluruh negeri hari ini melalui program MY~TID dilaksanakab di dewan SKKB.  Murid tahun satu yang terlibat disaringkan oleh 4 Guru penguji iaitu En Azman, En Nik Mansor, En Rasli, En Adli dan dibantu oleh guru pengiring iaitu Pn Asyikin, Pn Siti Suhaini, Pn Rohani dan En Raja Rusdi. Syabas dan tahniah pada semua peserta.

Saturday, October 10, 2015

Hari Sukan Negara

SABTU 10 Okt~ Sambutan hari sukan negara disambut meriah di SKKB pada hari ini.  Semua guru dan murid ikut serta menyahut sahutan pihak atasan bagi melaksanakan program tersebut. Tahniah pada semua yang terlibat.