SELAMAT DATANG

SK KUALA BALAH, KG TUNKU ABD RAHMAN, 17610 KUALA BALAH, JELI KELANTAN
TEL:09-9363048 email: dba9007@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PORTAL SK KUALA BALAH

Friday, November 18, 2016

Keputusan UPSR 2016

17Nov-satu tarikh yang kita akan sentiasa sebut bahawa tarikh pengumuman keputusan UPSR.  Setiap negeri tahu bahawa keputusan UPSR kali ini sangat meruntum hati dan jiwa murid2, ibubapa malah para guru juga.  Skkb turut merasai kepahitan untuk menelan keputisan yang diperolehi pada tahun ini.  Jumlah murid yang memperolehi 6A tiada muncul namun kami redha. Hanya seorang murid mendapat 5A1B. Murid yang bertuah itu ialah Adik Mohd Hilmi yang merupakan ketua pengawas.. Tahniah diucapkan kepada adik..dan tahniah juga pada semua. Keputusan upsr hari ini bukan berakhir disini, ia merupakan permulaan kepada murid2 yang akan meneruskan perjalanan dimasa akan datang.

Tuesday, November 8, 2016

Aktiviti memasak bubur asyura

9 Nov 2016-Rabu, Satu aktiviti bersama ajk sarana pibg memasak bubur asyura di sk kuala balah. Aktiviti ini bermula seawal jam 3.30 pagi lagi yang di laksanakan oleh ustaz Raduan, Cg Raja, Ustz Tn masor, Guru besar serta Pengawal keselamatan abe Mi dan Abe Ja. Turut hadir memeriahkan lagi aktiviti ialah pihak keselamatan kuala balah serta Ajk Pibg yg lain. Sebanyak 4 kawah digunakan dalam memasak bubur asyura pada kali ini. Kawah bubur yg pertama diangkat dan dihidangkan pada jam11.30 pagi. Semua yang hadir dapat menikmatinya. Tahniah semua berkerjasama...

Wednesday, August 3, 2016

Jom Minum Milo

4Ogos 2016~ Bersarapan dengan MILO. Suka murid~murid apabila kelibat van milo menyusur masuk ke sekolah pagi ini..

Wednesday, July 13, 2016

Sambutan hari raya

13 Julai RABU~ Sambutan hari raya yang diadakan pada hari ini sungguh meriah.  Pelbagai acara yang diadakan pada majlis tersebut termasuklah ucapan khas hari raya, nyanyian lagu raya oleh murid dan guru, penyampaian hadiah, bermaaf~ maafan, jamuan raya, gotong royong bakar lemang, memasak rendang dan sebagainya...turut hadir bersama pada majlis tersebut ydp pibg, ajk pibg ibubapa dan wakil ppd jeli. Sambutan tersebut sangat meriah.































Sunday, June 26, 2016

Program Ihya` Ramadhan

Sepanjang bulan ramadhan setiap tahun sudah pasti banyak aktiviti dilakukan oleh panitia agama SKKB seperti tazkirah pagi, kuiz ramadhan semasa waktu rehat tahap 1&2, berbuka puasa bersama guru, khatam quran dan sebagainya...