SELAMAT DATANG

SK KUALA BALAH, KG TUNKU ABD RAHMAN, 17610 KUALA BALAH, JELI KELANTAN
TEL:09-9363048 email: dba9007@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PORTAL SK KUALA BALAH

Sunday, November 16, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid, Majlis Khatam Al-Quran, English Song Competition dan Majlis Perpisahan Warga SKKB 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid, Majlis Khatam Al-Quran, English Song Competition dan Majlis Perpisahan Warga SKKB 2014

Pada : 16 Nov 2014
majlis berlangsung  dari pagi sehingga ke malam..

gambar menyusur selepas ini...

Friday, October 17, 2014

SECARA RINGKAS SK KUALA BALAH

Sekolah Kebangsaan Kuala Balah


Sekolah Kebangsaan Kuala Balah
JenisSekolah kebangsaanSekolah kerajaan
Kod sekolahDBA9007
Lokasi Malaysia Kampong Kuala Balah17610, Kuala Balah,, Kelantan Darul NaimMalaysia
Telefon6099361287
Faks6099361287

Sekolah Kebangsaan Kuala Balah atau nama ringkasnya SK Kuala Balah, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Kuala Balah.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kuala Balah memiliki 272 pelajar lelaki dan 284 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 556 orang. Ia mempunyai seramai 38 orang guru.2009

Pada tahun 2014, bilangan murid menurun kepada 509 orang dan guru seramai 48 orang.

Alamat

Sekolah Kebangsaan Kuala Balah
Kampong Kuala Balah
17610, Kuala Balah
Kelantan, Malaysia

Telefon = 6099361287
Fax = 6099361287
email: dba9007@gmail.com

Tenaga pengajar


Pencapaian

UPSR 2013 = 10 orang murid berjaya memperolehi 5A.
UPSR 2014 = 6 murid 5A



Sumber Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PENGENALAN KAMPUNG KUALA BALAH

Kuala Balah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri Kelantan dalam jajahan Jeli.Mendapat nama sempena lokasinya yang terletak di pertemuan dua sungai iaitu Sungai Pergau dan Sungai Balah.Kuala Balah memperoleh nama sempena nama sungai iaitu Sungai Balah.

Lokasi

Pekan Kuala Balah merupakan sebuah pekan yang terletak dalam daerah Kuala Balah iaitu salah satu daerah kecil dalam jajahan Jeli.Pekan ini terletak kira-kira 32 km dari Pusat Bandar Utama Jajahan Jeli iaitu Bandar Jeli.Ia juga terletak 20 km dari Pekan Dabong Kuala Krai, 145 km dari Pusat Bandar Kota Bharu, 100 km dari Pusat Bandar Kuala Krai melalui Jalan Jeli-Dabong-Sungai Sam-Kuala Krai dan 85 km dari Pusat Bandar Gua Musang melalui Jalan Jeli-Jelawang-Gua Musang.
Ia merupakan pekan yang terletak di tengah-tengah Laluan Persekutuan Malaysia 66 yang menghubungkan Bandar Jeli dan Dabong di daerah Kuala Krai, Kelantan. Jalan Persekutuan 66 adalah sebahagian daripada laluan jalan raya yang menghubungkan laluan Jeli-Gua Musang yang merupakan laluan alternatif dari Gua Musang untuk ke Kota Bharu selain Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang (Laluan Persekutuan Malaysia 8). Memandangkan Pekan ini kerap menjadi tempat persinggahan pengguna-pengguna yang menggunakan Laluan Persekutuan Malaysia 66 terdapat sebuah kawasan Rawat dan Rehat di kawasan Pekan Kuala Balah disediakan untuk kemudahan pengguna jalanraya.
Pekan Kuala Balah merupakan pusat tumpuan utama selain Pusat Bandar Jeli bagi penduduk dalam kawasan daerah kecil Kuala Balah.Pekan ini menjadi tumpuan kepada penduduk-penduduk dari 6 mukim yang berada dalam daerah kecil Kuala Balah.6 mukim tersebut ialah Mukim Lubok Bongor,Mukim Kubor Datu,Mukim Bukit Selar,Mukim Bukit Jering,Mukim Jerimbong dan Mukim Kuala Balah.
Dianggarkan jumlah penduduk bagi daerah Kuala Balah ialah seramai 13,700 orang penduduk.Majoriti nya penduduk berbangsa Melayu.Secara umumnya,penduduk-penduduk di daerah Kuala Balah tinggal di kampung-kampung yang padat di sepanjangLaluan Persekutuan Malaysia 66 dan juga di pinggir sungai.Memandangkan Pekan Kuala Balah menjadi tumpuan ramai,pelbagai kemudahan sentiasa dinaiktaraf oleh kerajaan mengikut keperluan semasa penduduk.Secara keseluruhannya,keadaan fizikal pekan ini sudah lengkap dengan kemudahan jalan raya yang sempurna, bekalan elektrik dan air yang semakin baik,liputan telefon talian tetap dan selular dan akses internet yang semakin baik.

Infrastruktur

Memandangkan pekan ini pada peringkat untuk membangun, penduduk-penduduk di sekitar pekan ini mendapat kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan penduduk setempat.
Antara kemudahan yang terdapat di pekan ini ialah:
  • Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) KESEDAR Kuala Balah,
  • Kawasan Lot Kedai Perniagaan Majlis Daerah Jeli (bersebelahan R&R Kesedar Kuala Balah),
  • Kawasan Lot Pasar Kuala Balah (sedang dinaiktraf),
  • Dewan Serbaguna Majlis Daerah Jeli,
  • Pejabat Penggawa Daerah Kuala Balah,
  • Masjid Besar Kuala Balah,
  • Balai Polis Kuala Balah,
  • Klinik Kesihatan(KK5) Kuala Balah,
  • Pejabat Pos Kuala Balah,
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),
  • Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Kuala Balah,
  • Pejabat Majlis Daerah Jeli Cawangan Kuala Balah,
  • Pusat Internet dan Jalur Lebar Kuala Balah(PID),
  • Pejabat RISDA daerah Jeli Cawangan Kuala Balah,
  • Pejabat PELADANG kawasan Kuala Balah,
  • Kedai PELADANG
  • Stesen bas mini CITY LINER SKMK,
  • Hentian Teksi.
  • Pusat Telekom Malaysia (TM) cawangan Kuala Balah,
  • Pejabat Jabatan Perhutanan Kelantan cawangan Kuala Balah,
  • Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Balah,
  • Sekolah Kebangsaan Kuala Balah,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Balah.

Kawasan Perkelahan dan Rekreasi

  • Sungai Balah

Perancangan masa hadapan

Pekan Kuala Balah merupakan kawasan yang berpotensi untuk dimajukan pada masa akan datang. Keadaan geografinya yang strategik iatu di pertengahan laluan utama Jeli-Gua Musang akan lebih membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat di daerah Kuala Balah.Para Penduduk semestinya mengharapkan kawasan pekan ini lebih membangun di masa akan datang melalui kemasukan projek-projek pemangkin ekonomi di kawasan pekan ini.

Rujukan