SELAMAT DATANG

SK KUALA BALAH, KG TUNKU ABD RAHMAN, 17610 KUALA BALAH, JELI KELANTAN
TEL:09-9363048 email: dba9007@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PORTAL SK KUALA BALAH

Sunday, November 22, 2015

Hari anugerah murid 2015

18Nov~Rabu, "kami bersyukur dan berbangga atas kejayaan ini" itulah ungkapan yang digambarkan disetiap bibir para guru SKKB pada hari ini atas kejayaan mereka melahirkan murid cemerlang pada tahun ini.. SK Kuala Balah dapat melahirkan 7 orang murid mencapai 5A dalam UPSR 2015.  Berikutan keputusan tersebut SKKB melonjak naik ke tangga kedua sekolah dalam daerah Jeli selepas SK Jeli 1 yg berjaya memperolehi 16 orang murid mencapai 5A. Kejayaan itu sekaligus dapat membuktikan bahawa murid2 diluar bandar mampu memperolehi keputusan yang cemerlang walaupun 100% tumpuan mereka pada pdp sesi persekolahan dan tidak bergantung kepada kelas tusyen diluar semata2. Tahniah dan syabas kepada semua guru SKKB dan para pentadbir atas kejayaan ini.. semoga tahun hadapan peningkatan yang lebih cemerlang dapat diteruskan lagi.

Latihan Kebakaran

17Nov~ Kebakaran ditingkat dua bangunan SK Kuala Balah menyebabkan dua murid cedera, manakala yang lain selamat menyelamatkan diri hasil usaha guru dan pihak bomba. Kejadian yang berlaku disebabkan lintar pintas wayar elektrik yang berlaku di kelas 5 fahtonah.. Latihan kebakaran ini berjaya dilakukan dengan sebaik mungkin. Terima kasih pada pihak bomba, guru2 dan murid sedia bekerjasama menjalankan latihan kebakaran ini.

Sunday, November 15, 2015

Saturday, November 14, 2015